Kenapa Diyana Menulis?
Niat untuk menulis ini dah lama ada dalam kepala. Selesa menamakan diri saya kerana sedari kecil diajar emak untuk membahasakan diri begini. Dilarang untuk bahasakan diri aku. Bagi saya ini medan catatan peribadi dan perkongsian umum tentang apa yang saya suka.
Saya berumur 32 tahun pada tahun ini. Dalam hidup ini banyak sangat impian dan cita-cita yang ingin saya capai. Semasa kecil impian saya hanya mahu menjadi seorang doktor perubatan dan membantu keluarga. Naif kan?
Apabila umur bertambah dan Allah lorongkan saya ke bidang lain. Bukan bidang asal yang diminati. Kini di usia ini minat saya menjurus kepada mengembara, penjagaan kesihatan dan berniaga.
Salam perkenalan.
Diyana Sumri
2 Disember 2017@14:16
https://yumnarichresourcesonlineshop.blogspot.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan