Rabu, 1 Ogos 2018

LAMA TINGGAL
.
Kononnya dulu buat blog ni nak kongsi pelbagai kisah dan cerita dalam kepala dan pengalaman hidup. Akhirnya yang ada penulisan terakhir pada disember 2017. Apa yang kau dah buat Diyana? Hmm

Menulis adalah cara mengasah minda. Tidak ramai yang boleh menulis dengan baik (termasuklan diri ini) bilamana kita lama tinggalkan menulis dengan betul. Buktinya sendiri kali terakhir penulisan yang panjang adalag tugasan semasa belajar di universiti dan laporan tesis akhir. Betul kan?

Sekarang nindah macam-macam medium penulisan ada di zaman media sosial yang pesat berkembang. Sebut saja Facebook, Instargram dan Twitter. Ada banyak lagi tapi dengan 3 ni pun dah rasa tak cukup masa nak tulis status.

Sekian coretan tengah hari ini.
2 Ogos 2018

Jumaat, 1 Disember 2017

Kenapa Diyana Menulis?

Niat untuk menulis ini dah lama ada dalam kepala. Selesa menamakan diri saya kerana sedari kecil diajar emak untuk membahasakan diri begini. Dilarang untuk bahasakan diri aku. Bagi saya ini medan catatan peribadi dan perkongsian umum tentang apa yang saya suka. 

Saya berumur 32 tahun pada tahun ini. Dalam hidup ini banyak sangat impian dan cita-cita yang ingin saya capai. Semasa kecil impian saya hanya mahu menjadi seorang doktor perubatan dan membantu keluarga. Naif kan?

Apabila umur bertambah dan Allah lorongkan saya ke bidang lain. Bukan bidang asal yang diminati. Kini di usia ini minat saya menjurus kepada mengembara, penjagaan kesihatan dan berniaga.

Salam perkenalan.

Diyana Sumri
2 Disember 2017@14:16



https://yumnarichresourcesonlineshop.blogspot.my/

LAMA TINGGAL . Kononnya dulu buat blog ni nak kongsi pelbagai kisah dan cerita dalam kepala dan pengalaman hidup. Akhirnya yang ada penuli...